JOHOR BAHRU, 5 Jun (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan maut setelah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaikinya bersama empat lagi anggota keluarga terlibat dalam kemalangan di Sungai Ambat, Jalan Jemaluang, Mersing, dekat sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, Marisa Az Zahra Mazlan, lapan tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Bapa, ibu dan dua adik beradiknya yang lain yang turut berada dalam kenderaan pula disahkan sekadar mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt, Cyril Edward Nuing berkata kejadian dipercayai berlaku ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Felda Tenggaroh.
Sampai di satu kawasan, kenderaan yang dipandu bapa mangsa dilaporkan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.
Polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1952.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial