AM

Bunyi bising kucing 'kesan' kehadiran ular sawa

27/04/2019 05:18 PM

KUANTAN, 27 April (Bernama) -- Bunyi bising kucing di luar rumah membantu pemiliknya menyedari kehadiran seekor ular sawa sepanjang tiga meter, yang dipercayai mahu membaham haiwan peliharaannya. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong Zainal Abidin Nong Chik berkata kehadiran ular seberat 45 kilogram itu di hadapan rumah Lorong Zabidi, Kampung Baru Bentong dekat sini, disedari pada 12.30 tengah malam tadi. 

"Pemilik kucing mendakwa dia keluar untuk memeriksa kucing yang berada di bahagian hadapan rumah kerana tidak berhenti membuat bising walaupun sudah diberi makan sebelum itu. 

"Bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk menangkap ular itu dengan menggunakan tali jerut dan sepanjang proses, ular itu tidak bersikap agresif sekaligus memudahkan tugasan kami," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Zainal Abidin berkata ular itu kemudiannya dilepaskan ke hutan simpan yang jauh dari kawasan perumahan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan