AM

Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak berpindah ke Kota Kinabalu

21/04/2019 03:59 PM

SANDAKAN, 21 April (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong mengesahkan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak akan berpindah dari Kuching ke Kota Kinabalu.

Katanya keputusan itu dibuat oleh Ketua Hakim Negara ketika itu, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim tertinggi negara beberapa bulan lalu.

“Keputusan ini mendapat kelulusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru peringkat Parlimen Batu Sapi di sini hari ini.

Menurut Liew, perkara itu tidak harus dipolitikkan kerana ia atas keputusan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak yang memohon agar pejabat itu dipindahkan ke Kota Kinabalu.

Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dijangka berpindah dari Kuching ke Kota Kinabalu berkuat kuasa 1 Mei depan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan