KUCHING, 19 April (Bernama) -- Penganut Kristian di Sarawak dan seluruh dunia hari ini meraikan sambutan Good Friday.
Good Friday adalah perayaan meraikan kasih sayang, pengampunan dan belas kasihan kerana memperingati semangat, penyaliban dan kematian Jesus Christ, seperti yang dinyatakan dalam kitab Bible Kristian iaitu hari Jumaat sebelum sambutan Hari Easter pada Ahad.
Di Sabah dan Sarawak, Good Friday secara rasmi adalah hari cuti umum dan penganutnya memperingati ulang tahun penyaliban dan kematian Jesus Christ dengan berpuasa, berdoa, penyesalan dan bermeditasi untuk mengingati kesengsaraan dan penderitaan Jesus Christ.
Kebanyakan gereja di Sarawak menjalankan perkhidmatan pada sebelah siang, biasanya sekitar tengah hari hingga 3 petang, untuk mengingati saat-saat Jesus digantung di tiang salib.
Di Miri, Biskop Richard Ng mengetuai 80,000 penganut Katolik Diocese dalam siri sambutan suci upacara itu.
Kebanyakan gereja juga melakukan perarakan salib seperti dalam ritual Stations of the Cross, yang menggambarkan saat akhir kehidupan Jesus.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial