EKONOMI

Widad dapat kontrak bina hospital bernilai RM190.5 juta

18/04/2019 09:03 PM

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Widad Group Bhd, anak syarikat milik penuh Widad Builders Sdn Bhd (WBSB), mendapat kontrak bernilai RM190.5 juta daripada Wardah Properties Sdn Bhd.

Dalam makluman dengan Bursa Malaysia hari ini, Widad Group berkata WBSB akan menjadi kontraktor utama bagi cadangan pembinaan sebuah hospital swasta yang memuatkan 200 katil di Kinrara, Selangor.

Tempoh pembinaan dijangka mengambil masa selama 36 bulan, bermula 3 Nov, 2019.

“Ia dijangka menjadi penyumbang positif kepada perolehan dan aset Widad dan kumpulannya sepanjang tempoh projek berkenaan,” katanya sambil menambah dana projek itu diperoleh menerusi dana tempatan dan pinjaman luar.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan