KUALA KANGSAR, 18 April (Bernama) -- Pekan Kuala Kangsar merupakan sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar bersejarah di Perak.
Selain tempat pelancongan, Kuala Kangsar juga terkenal dengan pelbagai produk kraftangan seperti labu sayong, keris, parang dan rotan.
Mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa antara makanan yang terkenal di daerah ini ialah laksa dan terdapat lebih 20 gerai yang menjual pelbagai jenis makanan tradisional itu dengan pelbagai nama laksa.
Terdapat sebuah gerai laksa yang masih mengekalkan pembuatan cara tradisional dengan menggunakan dapur kayu serta memproses mee laksa menggunakan "kebuk" (acuan laksa) yang diperbuat daripada tembaga.
Datang lah ke Kuala Kangsar untuk mengetahui bagaimana laksa dihasilkan pada zaman dahulu sebelum teknologi moden wujud.
Pelbagai jenis campuran ikan digunakan untuk menghasilkan kuah seperti ikan kembung, ikan tamban dan ikan parang. Disamping itu, laksanya diperbuat dari tepung gandum tanpa bahan pengawet menjadikan gerai Laksa Lubuk Dapur Kayu Api unik dan disukai ramai.
Ikuti rakaman video daripada Bernama Digital Journal oleh wartawan foto Syed Muhammad Zahid Makbul Wafa yang disiarkan melalui Bernama.com dan facebook Bernama Official.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial