BERITA TERGEMPAR   Earthquake: 15 government buildings in Segamat suffered minor damage, estimated repair cost is RM550,550 - Ahmad Maslan | 
 AM

Pengeluaran surat lantikan Ketua Kampung di Sabah secara berperingkat - Menteri

17/04/2019 02:16 PM

KOTA KINABALU, 17 April (Bernama) -- Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri mengeluarkan surat pelantikan secara berperingkat ke atas calon Ketua Kampung, Ketua Anak Negeri dan Wakil Ketua Anak Negeri yang layak.

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar berkata pelantikan ini melalui proses tapisan dibuat di peringkat Jawatankuasa Tapisan Pelantikan Ketua Adat di peringkat daerah.

Katanya jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan keahlian jawatankuasa adalah termasuk pemimpin politik kerajaan atau komponen parti kerajaan.

Peranan jawatankuasa itu adalah untuk memastikan calon yang disyorkan adalah layak dan mendapat persetujuan semua ahli mesyuarat serta memenuhi kriteria yang ditetapkan, katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Julita Majungki (PBS-Matunggong) yang bertanya apakah kriteria yang digunakan pada masa ini untuk mewujudkan kampung dan jawatan Ketua Kampung.

Mengenai kriteria pewujudan Kampung, Aidi berkata sesuatu kampung hendaklah mempunyai 50 rumah, mempunyai 250 penduduk dan kawasan tersebut bebas daripada sebarang gazet bagi kegunaan lain.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pantai Manis berkata setiap permohonan hendaklah dikemukakan melalui pejabat daerah kawasan berkenaan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan