AM

Polis ada bukti pembelian berlian merah jambu guna wang 1MDB

13/04/2019 11:13 AM

KUALA LUMPUR 13 April (Bernama) -- Walaupun berlian merah jambu  bernilai US$23 juta (RM95 juta) yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor gagal ditemui sewaktu serbuan polis, namun terdapat bukti menunjukkan wujud transaksi pembeliannya menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad(1MDB).

Dalam satu kenyataan Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Urus Setia Ketua Polis Negara(KPN) Bukit Aman SAC Datuk Khalil Azlan Chik berkata, jejak kewangan (money trail)  menunjukkan transaksi pembelian itu juga melibatkan seorang peniaga barang kemas di New York. 

Kenyataan akhbar itu merujuk kepada penafian Rosmah, isteri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembelian itu.

Baru-baru ini tular di media sosial tentang pembelian rantai leher dengan pink diamond 22-carat oleh Rosmah sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan oleh netizen.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan