AM

PDRM pantau 'Lone Wolf' dan 'Wolf Packs' dalam negara - Ayob Khan

08/04/2019 08:50 PM

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Polis memantau dengan lebih dekat kegiatan pengganas secara ‘lone wolf’ dan ‘wolf packs’ yang boleh mengancam keselamatan negara, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata berbeza dengan gerakan pengganas seperti Daesh, kegiatan pengganas itu tidak mempunyai rangkaian dengan mana-mana sel militan dan lebih kepada gerakan kumpulan kecil iaitu enam ke tujuh anggota.

‘Lone Wolf’ adalah kegiatan pengganas yang bergerak secara bersendiri manakala ‘wolf packs’ pula bergerak dalam kumpulan kecil dan tidak mempunyai jaringan dengan mana-mana kumpulan pengganas.

“Kami pantau untuk memastikan kami dapat gagalkan serangan sebelum mereka melancarkannya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Star Sterling Service Award 2019 kepada Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman di sini hari ini. 

Beliau berkata sejak 2013 sehingga kini Bahagian E8 berjaya mematahkan 24 plot cubaan untuk melancarkan serangan pengganas dalam negara. 

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan