KOTA BHARU, 12 Mac (Bernama) -- Masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis, kata seorang pemimpin PAS hari ini.
Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari berkata cukuplah UMNO dan PAS sekadar mempunyai pesefahaman dalam beberapa isu.
"Bagi saya cukuplah sekadar sekiranya UMNO dan PAS mempunyai persefahaman dalam beberapa isu dan lakukan rundingan dari masa ke semasa khususnya untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke 15 (PRU-15) akan datang.
"Namun begitu, kami sentiasa patuh apa sahaja keputusan daripada pucuk pimpinan parti," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas berkata demikian sebagai mengulas cadangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya diwujudkan kerajaan perpaduan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis, baru-baru ini.
Jelasnya, sekiranya pucuk pimpinan parti menerima cadangan Mohamad Hasan itu sudah pasti ianya memerlukan masa untuk diberikan kefahaman kepada penyokong dan pengundi kedua-dua parti di peringkat akar umbi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial