AM

Perdana Menteri hadir Malam Mesra Kelab Tasik Putrajaya 2019

16/02/2019 11:51 PM

PUTRAJAYA, 16 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir di Malam Mesra Kelab Tasik Putrajaya 2019 di sini malam ini. 

Dr Mahathir adalah penaung kelab itu yang merupakan cetusan idea beliau 17 tahun lepas.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar; dan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Dr Aminuddin Hassim. 

Aminuddin dalam ucapannya berkata majlis malam ini merupakan peluang untuk ahli Kelab Tasik Putrajaya seramai 814 orang untuk  beramah mesra dalam suasana santai.

Jelasnya, matlamat kelab itu ialah untuk menjadi pusat latihan sukan air bertaraf antarabangsa.

“Kelab Tasik Putrajaya akan terus menjadi pusat aktiviti sosial dan komuniti untuk ahli-ahlinya berehat, melakukan riadah dan berekreasi,” katanya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan