SHAH ALAM, 14 Feb (Bernama) -- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Puchong 1 mengungguli Anugerah Sekolah Berkualiti dan Sekolah Berprestij pada Majlis Anugerah Kualiti 2018, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana di sini, hari ini.
Sekolah itu turut memenangi anugerah bagi kategori Pengurusan Pusat Sumber Terbilang, kategori Pengurusan Bilik Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Terbilang serta kategori Pengurusan Makmal Sains Terbilang.
Ketua Pegawai Khas Anggota Parlimen Shah Alam, Shamsudin Drani berkata anugerah yang dipertandingkan itu dapat memberi persaingan antara sekolah yang bertanding dalam meningkatkan kualiti pengurusan sekolah.
“Anugerah ini untuk mencungkil bakat, potensi dan merealisasikan pembentukan budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan sekolah yang bertanding.
"Anugerah ini merupakan penghargaan kepada sekolah yang telah menunjukkan pretasi cemerlang dalam kualiti pengurusan sekolah," katanya ketika berucap mewakili Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad pada satu majlis di sini.
Shamsudin berkata , beliau berharap program seperti itu diteruskan pada masa akan datang supaya pihak sekolah akan terus mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial