KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Institut Onn Ja'afar (IOJ) akan meluaskan program sarapan percuma ‘Jom Breakfast 2019’ ke Pulau Pinang bermula bulan hadapan dengan menyasarkan kira-kira 200 golongan kurang bernasib baik termasuk kanak-kanak.
Ketua pegawai eksekutif IOJ, Charles Mohan berkata program itu akan melibatkan beberapa lokasi antaranya Penang Peace Learning Centre, St Nicholas Home dan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Timur Laut.
"Program ini melibatkan kerjasama dengan sekumpulan pelajar Univesiti Sains Malaysia (USM) dan ia sekaligus dapat memupuk semangat kesukarelawan dan nilai kasih sayang terhadap golongan kurang bernasib baik," katanya kepada pemberita selepas program ‘Jom Breakfast 2019’ di Sekolah Bimbangan Jalinan Kasih di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Charles berkata program Jom Breakfast di Kuala Lumpur yang sudah masuk kali keempat tahun ini diadakan pada setiap hari Rabu dengan hampir 30 sesi sehingga November ini dengan melibatkan hampir 1,000 sukarelawan.
Selain Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih turut dalam agihan sarapan percuma ialah Yayasan Chow Kit, Pusat Aktivti Kanak-Kanak, KL Krash Pad, Pusat Transit Gelandangan dan Karen Group Refugees Centre, katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial