AM

Jangan bazir makanan pada musim perayaan - pesan Sim

02/02/2019 07:50 PM

GEORGE TOWN, 2 Feb (Bernama) -- Orang ramai sebolehnya perlu mengelak daripada membazir makanan terutama semasa di musim perayaan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin.

Semasa meraikan Tahun Baharu Cina minggu hadapan, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan diet pemakanan yang sihat, mengambil makanan secara sederhana dan tidak melakukan pembaziran makanan.

“Bukan kaum Cina sahaja malah begitu juga apabila tiba bulan Ramadhan, kita dapat lihat banyak makanan yang dibuang, dibazirkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program MyBest Buy 2.0 (MBB) Gong Xi Fa Cai  Jalan Rajawali, Bayan Baru di sini hari ini.

Merujuk kepada MBB Sim berkata ia merupakan satu program yang dilaksanakan oleh  Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi membantu rakyat di kawasan bandar menangani kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.

MBB 2.0 berkonsepkan pasar pilihan rakyat yang menawarkan pelbagai produk pertanian serta bukan  pertanian bagi keperluan setempat dengan harga yang istimewa lagi berpatutan, dan program itu telah mengumpul nilai jualan RM48.3 juta sejak tahun 2014 hingga akhir Disember 2018, beroperasi di 469 lokasi seluruh negara  yang melibatkan 2,746 usahawan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan