AM

Ketam nipah goreng menu wajib jika singgah di Sematan

28/01/2019 09:06 AM

SEMATAN, 27 Jan (Bernama) -- Jika anda berkunjung ke daerah kecil Sematan yang terletak 104 kilometer daripada bandar raya Kuching, ketam nipah goreng adalah antara menu utama wajib dicuba di sana.

Digoreng sehingga berwarna jingga keemasan, ia pastinya menarik hati pembeli yang berkunjung ke Pasar Sematan iaitu lokasi utama menu itu dijual.

Menurut Darwanie Sabirin, penjaja pertama ketam goreng nipah di pasar itu sejak 20 tahun lalu, ketam nipah segar mudah diperolehi di kawasan paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau masin.

Ditanya tentang ‘rahsia’ ketam nipah goreng ini, beliau berkata ketam perlu digoreng sehingga berwarna jingga keemasan untuk rasa yang lemak manis.

Dengan harga RM10 untuk 4 ekor mengikut saiz, Darwanie berkata setiap hujung minggu beliau mampu menjual 600 hingga 700 ekor ketam nipah goreng.

 

--- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan