DUNIA

Rusia kesan 23 kapal terbang pengintip asing dekat sempadan - laporan

18/01/2019 05:28 PM

MOSCOW,18 Jan (Bernama) -- Rusia mengesan 23 pesawat asing terbang berhampiran  sempadannya untuk tujuan pengintipan sejak minggu lalu, menurut akhbar pertahanan Rusia, Krasnaya Zvezda pada Jumaat.

Pesawat Russia dikerahkan bagi menghalang kapal terbang asing memasuki ruang udara negara itu, menurut laporan itu sambil menambah, tiada pencerobohan dikesan.

Menurut agensi berita Xinhua, pesawat pengintip asing terbabit dikesan sering terbang dekat sempadan ketika Rusia kerap menyalahkan Amerika Syarikat dan NATO melakukan aktiviti risikan.

Pada November lalu, sebuah kapal terbang tentera laut Amerika, EP-3E dipintas oleh jet pejuang Su-27 Rusia di ruang udara Laut Hitam.

Tentera Amerika mendakwa pesawatnya terbang di ruang udara antarabangsa dan menyifatkan  tindakan memintas itu tidak selamat.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata, jet Amerika itu terbang berhampiran ruang udara Rusia dan Su-27 mengesan pesawat AS itu "dari jarak yang selamat."

Sebelum ini, Rusia turut menyalahkan NATO kerana meningkatkan aktiviti pengintipan di rantau Baltic dan Laut Hitam," menurut agensi berita Rusia, TASS.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan