AM

PDRM umum pertukaran, kenaikan pangkat 32 pegawai kanan

11/01/2019 09:33 PM

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Tiga ketua polis negeri adalah antara 32 pegawai kanan polis yang terlibat dalam pertukaran dan kenaikan pangkat yang diumumkan Polis Diraja Malaysia hari ini.

Mereka ialah Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor yang dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, berkuat kuasa 11 Feb ini sementara tempat beliau digantikan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin  dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Asmawati Ahmad berkata turut terlibat dalam pertukaran itu ialah Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Rahim Jaafar yang akan memegang jawatan Pengarah Pengurusan Bukit Aman.  

“Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman Datuk Ramli Hassan pula dilantik Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman manakala Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk T Narenasagaran dilantik Ketua Polis Pulau Pinang dengan memangku jawatan CP,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias pula akan terus memegang jawatan sama dengan memangku pangkat DCP manakala Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Sun Teoh Tia dilantik Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Selain itu katanya Ketua Inspektorat Penerbangan Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Mohd Rafique Ramli Ariffin, dilantik sebagai Komander Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

“Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, SAC Zulkifli Ali dilantik Timbalan Pengarah di jabatan sama manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Kamaluddin Kassim dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Polis Melaka,” katanya.

Timbalan Ketua Staf Pasukan Siasatan Khas/Teknikal, ESSCOM, Jabatan Perdana Menteri ACP Victor Sanjos dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Turut terlibat dalam pertukaran dan kenaikan pangkat itu Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Risikin Satiman yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah Subang Jaya dengan memangku pangkat ACP.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan