AM

Komander PGU PDRM bersara 

27/12/2018 02:39 PM

SUBANG, 27 Dis (Bernama) -- Selepas lebih 40 tahun menabur bakti dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Komander Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM Datuk S Sathiya Seelan akan bersara wajib mulai esok.

Beliau yang berasal dari Taiping, Perak memulakan kerjaya sebagai pegawai polis  dengan pangkat Inspektor ketika berusia 19 tahun sebelum menyertai PGU pada tahun 1985. 

Sathiya berkata secara peribadi beliau amat terhutang budi kepada PDRM kerana memberinya peluang dan banyak pengalaman sepanjang berkhidmat bersama pasukan itu.

“Antara pengalaman yang diterima ialah perolehan lesen penerbangan profesional sehingga ke tahap “Airline Transport Pilot License” selain menghadiri lebih daripada 70 kursus dalam pelbagai bidang di dalam dan luar negara.

“Pasukan ini turut membentuk keperibadian saya dalam sifat-sifat disiplin, kepimpinan, komitmen terhadap tugas serta keyakinan dan jati diri,” katanya yang mementingkan ketepatan masa dalam menjalankan tugas.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam  (Gerakan) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim di PGU Pangkalan Semenanjung, di sini hari ini. 

Jawatan Sathiya akan dipangku oleh Komander PGU Pangkalan Semenanjung ACP Nasarudin Abdul Mubin. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan