AM

YSS lancar program bincang hala tuju, tambah baik misi sukarelawan 

13/12/2018 12:08 AM

BANGI, 12 Dis (Bernama) -- Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) melancarkan Program Pembangunan Kepemimpinan Sukarelawan (VLDP) dan ‘Alumni Strategic Retreat (ASR)' YSS-ASEAN, bermula hari ini hingga 17 Dis depan.

Pengerusi YSS, Datuk Zuraidah Atan berkata ia melibatkan 200 alumni YSS-ASEAN terdiri daripada sukarelawan siswa pelbagai institusi pengajian tinggi dari 10 negara ASEAN dan China yang akan berkongsi pendapat dan pengalaman mereka sepanjang menyertai misi sukarelawan YSS-ASEAN dalam program itu.

Beliau berkata program itu bertujuan membincangkan hala tuju YSS bagi menambah baik pelaksanaan operasi misi sukarelawan serta melahirkan kepimpinan sukarelawan dalam kalangan siswa atau anak muda pada masa hadapan.

"Melalui program ini, alumni YSS-ASEAN turut akan menerokai inovasi terkini, trend dan perkembangan dalam sektor kesukarelawanan di rantau ini, terutama sekali peranan sukarelawan dalam menghadapi krisis bencana alam yang kerap berlaku di ASEAN.

"Peserta juga akan diberikan pendedahan mengenai sukarelawanan secara global menerusi slot-slot yang akan diadakan sepanjang program berlangsung," katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian program itu, di sini malam ini.

Program yang berlangsung selama enam hari itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC).

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan