SHAH ALAM, 24 Okt (Bernama) -- Jambatan yang menghubungkan Jalan Kampung Rantau Panjang di Bestari Jaya, Kuala Selangor di sini terpaksa ditutup selepas terputus dan mendap sejak malam tadi.
Jabatan Kerja Raya Kuala Selangor berkata tanah di sekitar jambatan tersebut dikesan mendap pada pukul 10.15 malam tadi.
"Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati kawasan yang mendap itu meliputi keluasan kira-kira 30 meter.
"Pengadang bagi penutupan jalan diletakkan di permulaan susur masuk Jalan Rantau Panjang berikutan memberi laluan projek menggantikan jambatan baharu," katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu menyebut jambatan tersebut telah ditutup bagi semua lalu lintas dengan kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif melalui Jalan Rawang (B33) - Jalan Raja Musa (B42) - Jalan Timur Tambahan (B33).
Sementara itu, Unit Pengurusan Bencana Selangor dalam satu kenyataan berkata paras air sungai yang tinggi dan laju serta longgokan sampah menyebabkan penampan jambatan mula mendap.
--BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial