BERITA PRU15   Tuan Ibrahim Ketua Pembangkang di DUN Pahang | Pengundi Padang Serai, Tioman dinasihat keluar mengundi ikut masa dicadangkan di MySPR Semak | PRU15 Tioman: Pengundi boleh mohon pelepasan daripada majikan | Terengganu terbuka bincang adakan PRN serentak dengan negeri lain | Padang Serai diramal cerah, Tioman hujan pagi esok - MetMalaysia | 
AM

Hiishammuddin nafi Putrajaya minta bantuan pulihkan hubungan dengan Riyadh

06/10/2018 08:03 PM

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) – Bekas Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan laporan sebuah portal kononnya kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) meminta bantuannya untuk memulihkan semula hubungan Malaysia dengan Arab Saudi.

“Tiada pun. Laporan itu memang tidak tepat. Setahu saya hubungan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan Putrajaya dengan semua negara-negara Timur Tengah termasuk Arab Saudi adalah baik,” katanya kepada Bernama menerusi WhatsApp hari ini.

Sebuah portal yang memetik sumber melaporkan, hubungan itu terjejas kerana beberapa tindakan kerajaan PH membatalkan keputusan pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan hubungan Kuala Lumpur dengan Riyadh.

Antara tindakan berkenaan adalah pemberhentian operasi Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) dan pejabat sementara di Jalan Ampang serta-merta yang mana fungsi KSCIP itu akan diserap ke dalam Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) di bawah Kementerian Pertahanan.

Hishammuddin berkata beliau tidak melihat hubungan Kuala Lumpur-Riyadh mempunyai masalah seperti dilaporkan portal terbabit.

"Saya tengok biasa sahaja. Cuma need a bit of time untuk kerajaan baharu settle down dengan negara-negara berkenaan. Insya Allah it should be ok. Yang penting apa jua hubungan mesti memanfaatkan negara dan rakyat kita,” kata Anggota Parlimen Sembrong itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan