AM

PPDA unit penting dalam Bomba

04/10/2018 07:35 AM

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) merupakan satu daripada unit penting dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Semasa awal penubuhannya pada 1987 di Perak, pasukan itu dikenali dengan nama Unit Scuba Bomba.

Menurut carian di Internet, penubuhannya pada masa itu adalah kerana kekerapan panggilan mencari dan menyelamat di air.

JBPM mengambil langkah proaktif pada awal 90-an dengan memperlengkapkan pasukan  penyelam  dengan pelbagai peralatan menyelamat di air yang baharu dan terkini.

“Pada tahun 2006, unit ini telah ditukar nama kepada PPDA dan sehingga tahun 2012 terdapat seramai 472 orang anggota PPDA terlatih di seluruh Malaysia,” menurut laman www.bomba.gov.my.

Peranan utama unit PPDA adalah untuk menangani insiden dan kecemasan yang berlaku di dalam  air dengan pegawai dan anggotanya yang berkelayakan dilatih di dalam dan luar negara.

Anggota unit PPDA mesti mempunyai lesen menyelam daripada National Association of Underwater Instructors (NAUI).

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan