EKONOMI

MITI rancang tubuhkan Persekutuan Reka Bentuk Tekstil

26/09/2018 08:12 AM

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merancang untuk menubuhkan sebuah persekutuan yang berkaitan dengan industri reka bentuk tekstil bagi membantu usahawan-usahawan fesyen membina masa depan mereka. 

Setiausaha Agung MITI Datuk Isham Ishak berkata, pihak kerajaan dan sektor swasta boleh bekerjasama bagi membangunkan masa depan yang cerah bagi industri reka bentuk tekstil.

"Oleh itu, bukan sahaja, anda membuat rekaan untuk pelanggan, tetapi kami juga mahu membantu anda membentuk masa depan," katanya semasa ucaptama pada Persidangan Reka Bentuk dan Fesyen 2018 di sini hari ini.

Eksport tekstil dan pakaian Malaysia mencecah RM15.3 bilion pada 2017.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan 12 projek dengan jumlah pelaburan sebanyak RM428.8 juta.

Projek-projek tersebut, yang merangkumi pengeluaran tekstil utama, pakaian sedia dipakai dan aksesori tekstil, telah menjana 1,850 peluang pekerjaan termasuk jawatan yang memerlukan kemahiran. 

Persidangan Reka Bentuk dan Fesyen 2018, telah menarik kira-kira 300 orang peserta, dianjurkan oleh MIDA dengan kerjasama Minggu Fesyen Kuala Lumpur serta Pusat Tekstil dan Pakaian Malaysia.

— BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan