EKONOMI

Model kereta Nissan lebih murah selepas SST

13/09/2018 03:23 PM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar tunggal untuk kenderaan Nissan di Malaysia, menawarkan harga yang lebih rendah berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). 

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata harga jalan bagi model tertentu adalah lebih murah antara 1.4 peratus dan 3.4 peratus di bawah cukai jualan dan perkhidmatan (GST).

"Harga Nissan Almera, Grand Livina, Serena S-Hybrid dan X-Trail akan bermula daripada RM69,800 sehingga RM153,800 dan adalah lebih rendah berbanding dengan struktur harga GST.

"Harga Nissan Navara, bagaimanapun kekal pada harga kadar sifar GST sehingga stok masih ada," kata ETCM. 

Pengedar kereta itu menambah bahawa perkhidmatan selepas jualan oleh Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan enam peratus bagi caj-caj buruh.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan