AM

70 perpustakaan di Kelantan ditambah nilai mengikut peredaran zaman

12/09/2018 03:59 PM

PASIR PUTEH, 12 Sept (Bernama) – Sebanyak 70 buah perpustakaan awam di Kelantan akan dipertingkatkan seiring perubahan zaman digital dalam usaha menyampaikan ilmu pengetahuan kepada segenap lapisan masyarakat.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Ruslan Ludin berkata bagi tujuan itu pihaknya akan membekalkan kemudahan Internet secara berperingkat di setiap perpustakaan termasuk perpustakaan desa yang ada di negeri ini.

“Kemudahan itu bagi melengkapkan kemudahan yang sedia ada seperti buku dan mampu menarik minat masyarakat agar terus mengunjungi perpustakaan di kawasan masing-masing untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan pada zaman yang semakin mencabar sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis  Sambutan Malaysiaku Gemilang  di Perpustakaan Awam Pasir Puteh di sini, hari ini.

Katanya beliau turut mengarahkan pegawai-pegawainya untuk “turun padang” bagi menyebarkan maklumat tanpa menunggu kedatangan pengunjung ke perpustakaan semata-mata.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan