AM

Salim Youp Ketua Cawangan Khas Melaka

04/09/2018 08:52 PM

MELAKA, 4 Sept (Bernama) –Timbalan Ketua Cawangan Khas Sabah, ACP Salim Youp dilantik Ketua Cawangan Khas Melaka yang baharu.

Salim Youp, 53, mengambil alih tugas daripada ACP Borhan Daud, 60, yang menamatkan perkhidmatan cukup persaraan beliau selepas 38 tahun dalam Polis Diraja Malaysia.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)  Melaka di sini hari ini dan disaksikan oleh Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah.

Raja Shahrom berkata sepanjang sembilan bulan Borhan bertugas di kontinjen itu, pelbagai kejayaan dan khidmat bakti yang dilakukan oleh beliau dalam mengekalkan keselamatan negeri ini.

Katanya, beliau juga berharap Salim dapat melakukan kesinambungan dalam memberi perkhidmatan cemerlang dan kejayaan terhadap kontinjen Melaka.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan