SEOUL, 3 Sept (Bernama) -- Sebuah filem zombie Korea bakal ditayangkan di 19 buah negara di empat benua, bermula akhir Oktober, demikian menurut syarikat Contens Panda, lapor Yonhap pada Isnin.
Filem bertajuk 'Rampant' itu telah mendapat kebenaran tayangan di Taiwan, Filipina, Jerman, Britain, Vietnam, Singapura, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Kanada, dua minggu selepas tayangan perdana di Korea Selatan, kata syarikat yang bertanggungjawab memasarkan filem tersebut.
Dibintangi aktor Hyunbin yang pernah membintangi filem 'Confidential Assignment’ (2016) dan pelakon veteran Jang Dong-gun, ia mengisahkan perjuangan putera pada zaman dinasti Joseon untuk menyelamatkan rakyatnya dari ganguan hantu.
Filem seram itu diarahkan oleh Kim Sung-hoon yang juga pengarah 'Confidential Assignment’.
"Ia satu pencapaian luar biasa apabila sebuah filem Korea ditayangkan serentak di 19 buah negara di empat benua. Pencapaian itu mengulangi kejayaan yang pernah dicapai filem 'Train to Busan'," kata seorang pegawai Contents Panda.
"Filem itu juga diramal meraih kutipan pecah panggung di setiap negara sempena musim Halloween."
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial