AM

Imbau kehidupan sebelum merdeka di Muzium Terengganu

29/08/2018 09:33 PM

KUALA TERENGGANU, 29 Ogos (Bernama) -- Bermalam di muzium sambil merasai kesukaran hidup zaman sebelum merdeka adalah antara pengalaman yang bakal dilalui peserta program anjuran Muzium Terengganu bersempena sambutan hari kemerdekaan tahun ini.

Program ‘Bermalam D Muzium’ untuk tahun ketiga selama dua hari bemula esok itu bertujuan memberi kesedaran kepada generasi muda mengenai kesusahan  hidup generasi dahulu.

“Antara acara yang akan diadakan pada program di dalam dan luar muzium itu ialah makan pisang, ubi kayu, jamung (andang) dan rentas rimba,” kata Pengarah Muzium Terengganu Che Muhamad Azmi Ngah kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata seramai 135 peserta dari 12 sekolah menengah dan dua  institusi pengajian tinggi  termasuk 15 penuntut Yala Rajabhat University di Thailand akan menyertai acara itu.

“Program lain yang turut dirancang ialah membersihkan kubur tokoh pejuang dan ulama, lawatan ke galeri dan kolek santai bagi mengenang kegemilangan masyarakat Terengganu sebagai pelayar dan pedagang yang hebat,” katanya. 

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan