SUKAN

Laluan getir menanti JDT dalam saingan Piala Malaysia

21/08/2018 06:15 PM

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan laluan sukar untuk mempertahankan kejuaraan selepas diundi dalam kumpulan C bersama juara lima kali Kedah, juara dua kali Kelantan dan MIFA.

Pada majlis undian yang berlangsung di Pusat Seni  Persembahan Damansara (Damansara Performing Arts Centre), di sini, hari ini, juara 33 kali Selangor turut menempuh laluan sukar selepas diundi dalam kumpulan D bersama juara Piala FA 2018 Pahang, PKNP FC dan Sabah.

Naib juara Liga Super 2018, Perak yang muncul juara Piala Malaysia sebanyak tujuh kali, meraih laluan selesa selepas diundi dalam Kumpulan A bersama Terengganu FC, Kuala Lumpur dan naib juara Liga Premier 2018, Felcra FC.

Juara Liga Premier 2018, Felda United pula mengetuai cabaran kumpulan B bersama tiga pasukan lain iaitu PKNS FC, Melaka dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

11 pasukan teratas Liga Super dan lima pasukan teratas Liga Perdana, layak beraksi dalam pertandingan bola sepak tertua tanahair itu.

Saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2018 dijadual berlangsung dari 4 Ogos sehingga 16 September ini, dengan dua pasukan teratas daripada setiap empat kumpulan layak ke peringkat suku akhir yang menggunakan format timbal balik.

 

Keputusan Undian:

Kumpulan A:Perak, Terengganu FC, Kuala Lumpur, Felcra FC

Kumpulan B: Felda United, PKNS FC, Melaka, PDRM

Kumpulan C: JDT, Kedah, Kelantan, MIFA

Kumpulan D: Selangor, Pahang, PKNP FC, Sabah.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan