SUKAN

Bojan Hodak umum 26 pemain ke latihan pusat

21/08/2018 01:08 PM

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Ketua jurulatih Skuad Bawah 19 negara, Bojan Hodak mengumumkan senarai 26 pemain ke kem latihan pusat bagi persiapan dan persediaan awal menghadapi  Kejuaraan B-19 AFC di Indonesia pada 18 Okt hingga 4 Nov ini. 

Pemilihan pemain itu adalah untuk ke sesi latihan dan pemilihan pusat di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula Sabtu ini. 

Selepas seminggu berlatih di Wisma FAM, 24 pemain terbaik akan dipilih dan berlepas ke Muscat, Oman pada 1 Sept untuk kem latihan pusat serta menyertai tiga perlawanan persahabatan sebelum pulang ke tanah air pada 10 Sept. 

Berikut adalah senarai 26 pemain yang dipanggil ke latihan pusat di Wisma FAM: 

 

BIL  NAMA PASUKAN
1. Nabil Hakim Bokhari Piala Presiden Kuala Lumpur
2. Azhar Apandi Piala Presiden Kuala Lumpur
3. Izzuddin Roslan Piala Belia Kuala Lumpur
4. Zainul Ariffin Ahmad Latifi Piala Belia Melaka
5. Nizarruddin Jazi Piala Belia Melaka
6. Izreen Izwandy Piala Belia Melaka
7. Feroz Baharuddin Johor Darul Ta’azim III
8. Ramadhan Saifullah Usman Johor Darul Ta’azim III
9. Awang Faiz Hazziq Awang Fathi Johor Darul Ta’azim III
10. S.Sharvin Piala Presiden Selangor
11. Fawzal Abdul Muthalib Piala Presiden Selangor
12. Sharul Nazeem Zulpakar Piala Presiden Selangor
13. Anwar Ibrahim Piala Presiden Felda United
14. Ahmad Tasnim Fitri Nasir Piala Presiden Felda United
15. Syahmi Zamri Piala Presiden Felda United
16. Syaiful Alias Liga Super Kelantan
17. Hakimi Abdullah Liga Super Kelantan
18. Zafuan Azeman Liga Super Kelantan
19. Syakir Danial Maamal Haji Piala Belia Perak
20. Gerald Gadit Piala Presiden Sabah
21. Syafik Ismail Piala Belia Terengganu
22. Al-Imran Abdul Halim Piala Presiden UITM FC
23. Ammar Akhmall Alias Liga Premier FELCRA FC
24. Arif Shaqirin Suhaimi Piala Presiden PKNP FC
25. Mior Dani Armin Mior Ariffen Piala Presiden PKNS
26. Firdaus Irman Mohd Fadhil SSTMI

 

Sementara itu, 12 lagi pemain disenaraikan untuk bersedia menjalani latihan dan menggantikan mana-mana pemain daripada senarai 26 pemain di atas sekiranya mengalami kecederaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan