AM

Agong berkenan hadir majlis santapan diraja Hari Polis

26/03/2018 12:10 AM
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) --Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke majlis santapan diraja sempena sambutan peringatan Hari Polis ke- 211 di Istana Negara di sini, malam ini.

Turut berangkat Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan isteri Tengku Puan Temenggong Kelantan Puan Sri Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj; serta Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Al-Haj Al-Marhum Sultan Ibrahim dan isteri Tengku Puan Laksamana Kelantan Datuk Seri Diraja Sharifah Azwan Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis; Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Selain itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalannya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim turut menghadiri majlis yang disertai kira-kira 500 pegawai daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mohamad Fuzi dalam ucapannya berkata peringatan Hari Polis disambut bagi memperingati mereka yang gugur demi memelihara maruah dan kedaulatan negara. 

"Kita kehilangan pejuang-pejuang pasukan yang tidak gentar menggadai nyawa, kini kita yang menjadi penyambung warisan untuk meneruskan perjuangan ini demi memelihara kesejahteraan masyarakat dan keselamatan negara," katanya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan