AM

Hap Seng akan taja lebih banyak sekolah bagi program OSH

16/03/2018 08:19 PM
TAWAU, 16 Mac (Bernama) --- Kumpulan Hap Seng akan menaja lebih banyak  sekolah untuk program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) bagi meningkatkan  kesedaran guru dan murid-murid terhadap aspek keselamatan dan kesihatan ketika berada di sekolah. 

Pengurus Kanan  bagi Tanggungjawab Sosial Korporat Hap Seng Consolidated Berhad Amidah Abidin berkata kejayaaan program itu di tiga buah sekolah sebelum ini mendorong pihak  syarikat  menaja program itu di lebih banyak sekolah.

Amidah berkata sehingga kini  Kumpulan Hap Seng Group telah menaja tiga buah sekolah  untuk menjalankan program tersebut  yang merupakan inisiatif  Insititut Kesihatan dan Keselamatan  Pekerjaan  Kebangsaan (NIOSH).

Sekolah berkenaan ialah SMK Benoni di  Papar dan dua buah sekolah di  Tawau iaitu  SM St Patrick dan  Sekolah Menengah Vision.

"Kumpulan Hup Seng percaya bahawa amalan keselamatan dan kesihatan tidak  seharusnya dilihat sebagai peraturan undang-undang semata-mata  tetapi hendaklah diterapkan sebagai  budaya dan amalan seharian.



"Sungguhpun aspek perundangan memberi panduan  terhadap amalan keselamatan dan kesihatan yang terbaik, namun aspek terpenting ialah bagi orang ramai sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat dan sihat ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Kumpulan Hup Seng  juga percaya budaya keselamatan dan kesihatan  harus dipromosikan di kalangan komuniti  sekitar kawasan di mana  perniagaan dijalankan.

Amidah berkata program OSH yang terbaharu di Sekolah Menengah Vision di sini berjaya dilaksanakan hasil sokongan padu  daripada NIOSH serta agensi lain ternasuk Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pertubuhan Keselamatan Sosial.

"Sekolah Vision yang dibuka sejak sembilan tahun lepas  terletak di Bandar Sri Indah yang merupakan salah satu kawsan perbandaran yang dibangunkan oleh Hap Seng dan menjadi mercu tanda baharu bagi pekan Tawau." katanya

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan