AM

10 Peserta Ke Final Pertandingan Lagu Loghat Kelantan

30/10/2017 04:04 PM
KOTA BHARU, 30 Okt (Bernama) -- Sepuluh peserta berjaya mara ke peringkat akhir pertandingan Lagu Loghat Kelantan anjuran Stesen Radio Kelantanfm yang akan diadakan di Auditorium Titian Murni Kelantanfm, Sabtu ini.



Pengarah Penyiaran Kelantan Noriani Mohd Idris berkata pertandingan itu yang akan bermula pada pukul 9 malam, juga boleh diikuti secara langsung menerusi Facebook dan siaran Kelantanfm.



Noriani turut melahirkan rasa puas hati dengan pertandingan yang julung kali diadakan ini kerana telah berjaya menarik minat golongan muda, dengan ada peserta yang baru berusia 16 tahun.



Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata juara pertandingan yang menggamit penyertaan lebih 300 orang peserta itu akan membawa pulang hadiah wang tunai berserta piala pusingan, baucar penginapan serta hadiah sampingan yang lain.



"Usaha pertandingan ini akan merintis jalan untuk memartabatkan lagu daerah di negeri ini yang memberi nilai tambah kepada program Kelantanfm yang merupakan medium yang diktiraf untuk memartabatkan semula lagu loghat Kelantan," katanya.



-- BERNAMA



BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan