AM

PM Anwar, Pakar Ekonomi UK Bincang Strategi Inovasi Dan Transformasi Digital

04/08/2025 11:32 PM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan pakar ekonomi inovasi yang juga Pengarah Pengasas Institut bagi Inovasi dan Tujuan Awam dari Kolej Universiti London (UCL), United Kingdom Profesor Dr Mariana Mazzucato.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata pertemuan itu antara lain membincangkan kepentingan strategi berorientasikan misi yang menggalakkan kerjasama awam-swasta bagi memacu pelaburan hijau, inovasi teknologi dan transformasi digital.

"Turut disentuh ialah keperluan memperkasa perkhidmatan awam yang moden dan tangkas sebagai tunjang kemajuan negara.

"Profesor Mazzucato juga berkongsi pandangan bahawa Malaysia perlu menangani cabaran sistemik, memperkukuh strategi digital, memupuk inovasi dan membina kemahiran masa depan demi kejayaan transformasi jangka panjang negara," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan