AM

PM Ziarah Sultan Brunei Sebelum Baginda Berangkat Pulang Ke Bandar Seri Begawan

04/06/2025 12:11 AM

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menziarahi Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah petang tadi sebelum baginda berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata Sultan Hassanal Bolkiah berada dalam keadaan baik dan proses pemulihan berjalan lancar selepas baginda dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada Sabtu lepas.

“Semoga Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan dan kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam,” kata beliau.

Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Malaysia pada 25 Mei untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mei lepas.

Baginda berehat di IJN sejak 27 Mei kerana keletihan dan kemudian berehat di hotel setelah dibenarkan keluar dari IJN.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan