JOHOR BAHRU, 31 Julai (Bernama) -- Cadangan mewujudkan Sistem Transit Rapid (RTS) 2 menghubungkan Tuas dan Iskandar Puteri adalah antara perkara dibincangan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata dalam pertemuan hampir sejam di The Istana, Singapura itu, turut membincangkan pelbagai perkara berhubung kerjasama antara Johor dan Singapura.
"Pertemuan ini bukan sekadar simbol hubungan akrab dua negara berjiran, malah mencerminkan tekad bersama untuk membawa kerjasama Johor-Singapura ke tahap lebih strategik dan holistik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ketika ini, projek RTS sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands North di Singapura dijangka siap pada Disember 2026 dan mula beroperasi awal 2027.
Sistem pengangkutan rel itu mampu membawa hingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah, dengan jangkaan jumlah penumpang harian sekitar 40,000 orang.
Onn Hafiz mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Singapura bermula semalam atas jemputan Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial