AM

Agong Tiba Di Kazan Bagi Segmen Kedua Lawatan Negara Di Rusia

08/08/2025 06:51 PM

Daripada Noor Farhana Ahmad Norain

KAZAN, 8 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat tiba di Kazan, ibu negeri Republik Tatarstan pada Jumaat, bagi segmen kedua Lawatan Negara di Rusia.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kazan pada 10.15 pagi (waktu tempatan).

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut oleh Rais (Presiden) Tatarstan Rustam Minnikhanov. 

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Industri dan Perdagangan Tatarstan Oleg Korobchenko serta Duta Rusia ke Malaysia Nail Latypov.

Sebagai simbolik sambutan tradisional, tiga gadis berpakaian kebangsaan Tatarstan mempersembahkan roti dan chak-chak, pencuci mulut tradisional republik itu, kepada Seri Paduka Baginda.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berlepas ke Kazan dalam istiadat keberangkatan rasmi, dari Lapangan Terbang Vnukovo-2 di Moscow.

Pada sebelah petang, Yang di-Pertuan Agong dijadualkan menerima menghadap Minnikhanov di Kazan Kremlin Presidential Palace.

Seri Paduka Baginda berada di Rusia bagi lawatan negara atas undangan Presiden Vladimir Putin.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan