KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengiringi keberangkatan pulang Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha di Lapangan Terbang Subang dekat sini.
Fahmi menerusi hantaran di Facebook turut berkongsi beberapa keping gambar keberangkatan pulang baginda berdua.
“Kerajaan Malaysia amat menjunjung tinggi sumbangan berterusan Brunei Darussalam dalam memperkukuh semangat muafakat dan kerjasama serantau.
“Patik-Patik sekalian mendoakan agar Tuanku berdua dikurniakan keafiatan berpanjangan. Menjunjung Kasih Tuanku,” kata beliau.
Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Malaysia pada 25 Mei lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mei lepas.
Baginda berehat di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 27 Mei kerana keletihan dan kemudian berehat di hotel setelah dibenarkan keluar dari IJN pada Sabtu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial