AM

Kerajaan MADANI Terus Pergiat Usaha Sokong Anak Seni Tempatan - Anwar

03/05/2025 10:38 AM

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan terus mempergiat usaha menyokong anak-anak seni tempatan agar mereka mampu menghasilkan karya yang terbaik dan bermutu tinggi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen kerajaan itu antara yang dibincangkan semasa pertemuan dengan seniman Datuk M Nasir di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

"Semalam saya terima kunjungan seniman ulung Datuk M Nasir di Putrajaya. Dalam pertemuan ini kami bicara soal industri kreatif, seni dan budaya tempatan," katanya menerusi catatan di Facebook. 

Perdana Menteri berkata beliau juga menitipkan pesanan kepada M Nasir agar dapat terus kreatif berkarya dalam industri muzik tanah air.

M Nasir atau nama sebenarnya Mohd Nasir Mohamed, 67, yang sinonim dengan karya-karya berintelektual dan berunsur ketuhanan, dianggap antara tokoh paling berpengaruh dalam perkembangan muzik dan seni kreatif Malaysia.

Selain sebagai penyanyi dan komposer, beliau turut dikenali sebagai pelakon, penulis lirik dan pengarah seni yang banyak menyumbang kepada pengukuhan identiti budaya dalam dunia hiburan tempatan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan