AM

Lebih 50 Rumah Terjejas Akibat Banjir Kilat Di Guar Perahu

16/09/2025 10:44 PM

BUKIT MERTAJAM, 16 Sept (Bernama) -- Lebih 50 rumah di beberapa kawasan perumahan di sekitar Guar Perahu, di sini, terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat lebih sejam petang tadi. 

Bagaimanapun, setakat 8.45 malam ini, tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara akibat hujan lebat bermula 4.30 petang itu.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Seberang Perai Tengah Kapten (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 6 petang.

"Lebih 50 rumah di Taman Guar Perahu Indah, Taman Guar Perahu dan Padang Temusu dilanda banjir kilat dengan air dan selut memasuki rumah hingga paras 0.5 meter.

"Tiga kereta turut terperangkap dan pihak APM sedang menjalankan pemantauan bagi memastikan penduduk berada dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata pihak APM akan mengambil langkah memindahkan penduduk sekiranya situasi semakin buruk dan penduduk diminta menghubungi pasukan penyelamat jika berlaku kecemasan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan