JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Dikhuatiri Dibaham Buaya Ketika Menjala Undang Di Kota Samarahan

15/09/2025 09:31 PM

KUCHING, 15 Sept (Bernama) --Seorang lelaki dikhuatiri hilang dipercayai dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti menjala udang di sungai berhampiran Kampung Lubok Punggor, Kota Samarahan, dekat sini, petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, mangsa dikenali sebagai Ahmad Alzadkhri Sudin, 32, keluar bersama ahli keluarganya awal pagi sebelum dilaporkan dibaham buaya sekitar pukul 4 petang.

Menurutnya kejadian berlaku kira-kira 200 meter dari kampung dan usaha awal pencarian oleh penduduk gagal menemui mangsa.

“Dilaporkan mangsa menjalankan aktiviti menjala udang di tebing Sungai Lubuk Punggor Simunjan menggunakan perahu bersama ahli keluarganya pada awal pagi,” katanya.

PGO JBPM Sarawak menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.56 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan serta BBP Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi sejauh 45 kilometer.

Seramai enam anggota menggunakan dua kenderaan pacuan empat roda tiba di lokasi pada pukul 7.03 malam untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR), namun operasi ditangguhkan pada7.40 malam dan akan disambung semula pagi esok.

— BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan