JENAYAH & MAHKAMAH

KPM Laksana Budaya Sifar Toleransi Tangani Isu Buli Di Sekolah

13/09/2025 11:51 PM

TAIPING, 13 Sept (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan budaya sifar toleransi terhadap sebarang kejadian buli di sekolah, kata Timbalan Menterinya Wong Kah Woh.

Beliau berkata KPM mempunyai garis panduan menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan prosedur yang telah ditetapkan bagi menangani kes buli dengan sewajarnya.

"Bagi saya  usaha untuk membanteras gejala buli bukan usaha pada sesuatu masa sahaja tetapi ia satu usaha berpanjangan.

"Kerjasama daripada KPM, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah termasuk ibu bapa dan masyarakat memainkan peranan yang sangat penting supaya kejadian buli dapat dibanteras pada semua peringkat," kata beliau.

Wong yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama Tahun 2025.

Kira-kira 5,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan sambutan berkenaan yang diadakan di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan