SUKAN

Terbuka Hong Kong: Cabaran Jun Hao Tersekat Di Suku Akhir

12/09/2025 10:48 PM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Hasrat pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao untuk mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong 2025 tidak kesampaian apabila tewas kepada pilihan kedua kejohanan dari China Li Shi Feng, hari ini.

Dalam aksi suku akhir di Hong Kong Coliseum, pemain ranking ke-23 dunia itu memaksa Shi Feng mengerah keringat sebelum akur tewas 20-22, 21-14, 20-22 dalam tempoh sejam 18 minit.

Kekalahan itu merupakan yang keenam buat Jun Hao dalam tujuh pertemuan mereka setakat ini, sekali gus menutup kempen perseorangan lelaki negara di kejohanan Super 500 berkenaan.

Esok, Shi Feng akan bertemu pemain Perancis Christo Popov pada perlawanan separuh akhir.

Sementara itu, beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut kandas di suku akhir selepas disingkirkan wakil China yang juga pilihan kedua kejohanan, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 16-21, 10-21.

-- BERNAMA


 
 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan