KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam dan mengakhiri sesi pagi dengan naik 0.4 peratus, seiring dengan prestasi pasaran saham global.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.57 mata kepada 1,589.42 daripada 1,582.85 semasa ditutup pada Khamis.
Indeks dibuka tinggi 5.19 mata kepada 1,588.04 dan turun naik antara 1,585.06 dan 1,589.94.
Pasaran secara menyeluruh positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 513 berbanding 380 manakala 437 kaunter tidak berubah, 1,292 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.32 bilion saham bernilai RM982.81 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini, indeks utama Malaysia akan terus pulih selepas mencatatkan penurunan semalam berikutan prestasi Wall Street semalaman yang positif.
“Dengan syarikat gergasi teknologi melaporkan perbelanjaan yang baik terhadap cip kecerdasan buatan (AI), kami percaya sokongan belian akan meluas kepada pemain teknologi tempatan,” katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah empat sen kepada RM9.81, Public Bank merosot satu sen kepada RM4.21 dan CIMB meningkat lima sen kepada RM7.29.
Tenaga Nasional naik 14 sen kepada RM13.36, IHH Healthcare menokok sembilan sen kepada RM7.24 dan Press Metal melonjak tujuh sen kepada RM5.63.
Dalam dagangan aktif, Pharmaniaga dan VS Industry, masing-masing diniagakan mendatar pada 24.5 sen dan 55 sen manakala Tanco menambah 1.5 sen kepada 82.5 sen dan Zetrix AI mendatar pada 85 sen.
Antara kaunter paling untung, Nestle melonjak RM1.50 kepada RM97, F&N naik 50 sen kepada RM27.50, KSL menambah 40 sen kepada RM2.37 dan United Plantations meningkat 38 sen kepada RM22.92.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 47.19 mata kepada 11,802.23, Indeks FBMT 100 meningkat 46.61 mata kepada 11,562.41 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 58.98 mata kepada 11,834.93.
Indeks FBM 70 naik 61.52 mata kepada 16,530.26 manakala Indeks FBM ACE meningkat 21.62 mata kepada 4,771.33.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.16 mata kepada 165.49, Indeks Perladangan melonjak 30.33 mata kepada 7,715.89, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 12.56 mata kepada 17,965.82 dan Indeks Tenaga menambah 1.69 mata kepada 739.22.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial