DUNIA

Bali Beransur Pulih, Tiada Rakyat Malaysia Terkesan -- Kedutaan

11/09/2025 09:31 PM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 11 Sept (Bernama) -- Keadaan di Bali yang dilanda banjir beransur pulih dan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan,  kata Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.

Beliau berkata lima rakyat Malaysia terkandas pada Rabu selepas kawasan hotel mereka dinaiki air, namun kesemua mereka telah selamat berlepas pulang pagi tadi.

“Lapangan Terbang I Gusti Ngurah Rai di Bali juga telah kembali beroperasi seperti biasa,” katanya kepada Bernama.

Syed Mohamad Hasrin berkata kedutaan akan terus memantau keadaan rakyat Malaysia di Bali dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsul boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian +62 81380813036.

Mereka juga boleh menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Bali di talian +62 361751953.

Hujan lebat di pulau peranginan Bali pada Rabu menyebabkan banjir di beberapa kawasan termasuk Jembrana, Gianyar, Badung, Tabanan, Karangasem, Klungkung dan Denpasar.

Setakat ini, 14 orang dilaporkan maut, dua hilang dan 659 terjejas akibat bencana itu, menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia dalam kenyataan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan