KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Malaysia terus memperkukuh usaha merealisasikan aspirasi AI Nation 2030 dengan matlamat muncul sebagai peneraju kecerdasan buatan (AI) di rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN), beliau menegaskan bahawa kemajuan teknologi harus diterjemahkan kepada pulangan nyata — bukan sahaja dari segi produktiviti, tetapi juga kesejahteraan rakyat.
Sebagai sebahagian agenda pendigitalan perkhidmatan awam, platform sehenti MyGov Malaysia dibangunkan untuk mengintegrasikan pelbagai urusan kerajaan.
“Justeru, saya telah mengarahkan agar semua kementerian dan agensi segera mengintegrasikan perkhidmatan mereka ke dalam aplikasi ini.
“Dalam masa sama, peluasan penggunaanMyDigital ID juga terus dipergiat dengan sasaran 15 juta pendaftaran menjelang akhir tahun, dibantu proses pengesahan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Anwar turut menekankan kepentingan infrastruktur digital yang inklusif, mencadangkan perluasan akses Internet — bukan sahaja di IPTA, tetapi juga ke Kolej Matrikulasi, Kolej Vokasional, Institut Pendidikan Guru (IPG) serta institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
“Infrastruktur digital yang kukuh ialah asas penting memacu ekonomi digital dan memastikan teknologi benar-benar memanfaatkan rakyat,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial