Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum kenaikannya pada dagangan tengah hari ini susulan aktiviti belian berterusan walaupun pasaran serantau kebanyakannya mencatat prestasi negatif.
Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.49 mata kepada 1,578.19 daripada paras 1,576.70 yang dicatatkan pada akhir dagangan semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka susut 1.47 mata kepada 1,575.23 dan bergerak dalam julat 1,573.95 hingga 1,582.34 dalam pada sesi dagangan pagi.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 494 berbanding 384 manakala 434 kaunter tidak berubah dengan 1,246 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 1.60 bilion unit bernilai RM1.29 bilion.
Pada tengah hari ini, Indeks Nikkei 225 Jepun susut 0.95 peratus kepada 41,904.62, Indeks Straits Times Singapura turun 0.26 peratus kepada 4,287.15, Indeks Hang Seng Hong Kong menguncup 0.40 peratus kepada 25,395.16 manakala Indeks Komposit SSE China berkurangan 0.96 peratus kepada 3,820.98.
Indeks Komposit IDX Indonesia sebaliknya naik 0.92 peratus kepada 7,872.73 manakala Indeks KOSPI Korea Selatan menokok 0.22 peratus kepada 3,179.36.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng yakin Bursa Malaysia kekal mencatat prestasi baik, disokong oleh institusi tempatan.
“Kami menjangkakan indeks itu diniagakan dalam julat 1,575-1,585 pada hari ini,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan pasaran mungkin memberi tumpuan kepada sektor seperti perbankan dan pengguna dengan pilihan utama termasuk AMMB Holdings Bhd dan 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru sahaja mengumumkan langkah melebarkan sayap ke China.
“Peniaga juga dijangka menumpukan kaunter berkaitan solar seperti Pekat Group Bhd dan Northern Solar Holdings Bhd yang kini dalam aliran menaik, disokong oleh inisiatif kerajaan seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pemeteran Tenaga Bersih dan projek Solar Berskala Besar,” kata kenyataan firma pembrokeran itu.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Petronas Gas naik dua sen kepada RM18.72, IHH Healthcare menokok tujuh sen kepada RM6.87, CIMB Group tidak berubah pada RM7.24 manakala Maybank susut enam sen kepada RM10.00 dan Public Bank turun tiga sen kepada RM4.27.
Bagi saham aktif, Tanco Holdings naik 9.5 sen kepada 80 sen, Velesto Energy menokok satu sen kepada 21.5 sen, Sime Darby meraih enam sen kepada RM2.08 manakala TWL turun setengah sen kepada 2.5 sen dan NexG susut dua sen kepada 47 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas naik 31.60 mata kepada 11,720.91, Indeks FBMT 100 meningkat 27.52 mata kepada 11,491.72 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 62.05 mata kepada 11,691.34.
Indeks FBM 70 melonjak 113.03 mata kepada 16,4767.55 manakala Indeks FBM ACE naik 63.77 mata kepada 4,740.89.
Dari segi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.82 mata kepada 162.18, Indeks Tenaga meningkat 6.73 mata kepada 745.63 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 41.56 mata kepada 18,105.25 dan Indeks Perladangan turun 2.35 mata kepada 7,5983.13.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial