AM

Dewan Rakyat Ditangguh, Lulus 19 Rang Undang-Undang, RMK13

28/08/2025 09:01 PM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-15 yang bermula 21 Julai lepas ditangguhkan hari ini, menyaksikan 19 rang undang-undang serta Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) diluluskan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata turut diluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara 2/2025 dan usul Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2023, selain tiga penerangan menteri dan empat penerangan Jawatankuasa Pilihan Khas dibentangkan.

Selain itu, Dewan Rakyat meluluskan pindaan terhadap Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi meningkatkan akauntabiliti badan eksekutif kepada Dewan Rakyat manakala Jawatankuasa Pilihan Khas dinaik taraf sebagai Jawatankuasa Pilihan Tetap. 

Sementara itu, Johari berharap Ahli-Ahli Parlimen dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik sempena Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN Ke-46 (AIPA) yang diadakan dari 17 hingga 22 September ini.  

Beliau berkata Perhimpunan Agung AIPA akan menghimpunkan Ahli Parlimen dari rantau ASEAN merupakan platform terbaik untuk memperkukuh kerjasama serantau terutama dalam bidang legislatif.

Persidangan dewan kemudian ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan