Daripada Farah Najihah Zuraimi
JAKARTA, 24 Ogos (Bernama) -- Pemain futsal pekak negara, Muhammad Adib Aiman Nasarudin, 24, dikejarkan ke Rumah Sakit Pertamina Jaya selepas terhantuk pada dinding gelanggang dalam aksi final menentang Indonesia di Sukan SEA Pekak 2025.
Jurucakap Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) Mohamad Nazrul Azwa Zulkipply berkata insiden itu berlaku apabila Muhammad Adib Aiman bertembung dengan pemain lawan sebelum terpelanting ke belakang dan kepalanya terhentak kuat pada dinding sehingga beliau rebah dan tidak sedarkan diri seketika.
“Buat masa ini keadaan Adib dilaporkan stabil namun doktor akan melakukan X-ray atau imbasan CT bagi memastikan sama ada terdapat pendarahan dalam kepala.
“Beliau masih dalam keadaan sedikit keliru akibat trauma atau gegaran otak (concussion),” katanya kepada Bernama, hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial