PUTRAJAYA, 22 Ogos (Bernama) -- Semua masjid dan surau di bawah seliaan bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan agar melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah secara serentak selepas solat Jumaat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan hari ini berkata, seruan itu merupakan manifestasi doa dan solidariti umat Islam Malaysia terhadap saudara seagama di Gaza yang sedang berdepan krisis kemanusiaan paling parah.
Beliau berkata keadaan di Gaza kini amat membimbangkan dengan krisis kebuluran semakin meruncing, hospital tidak lagi berfungsi dan angka korban yang majoritinya membabitkan kanak-kanak serta wanita terus meningkat saban hari.
"Kita tidak boleh berdiam diri ketika nyawa yang tidak berdosa terus diragut. Doa adalah senjata orang mukmin, tetapi doa mesti diiringi kesedaran dan tindakan bersama.
“Marilah kita mengangkat doa dengan penuh pengharapan agar Allah SWT mengurniakan keselamatan, kekuatan dan kemenangan kepada rakyat Palestin, serta menghentikan kezaliman rejim Zionis,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial